Pesanan buat kakak
Mama pula tegas dan berprinsip ketika zaman remaja seusia dgn kakak waima dalam apa hal mama ada batas....misalnya soal bercouple mama awal2 cakap no bila masuk form one ada senior mahu jadikan adik angkat awal2 mama cakap mama dah ada abang dan kepada kawan2 yang satu batch lagi mudah nak menolak.
Kata-kata mak dan abah banyak dijadikan guideline dalam kehidupan. Sebenarnya itulah redha dalam kehidupan.
Bila kakak bercerita mengenai masalah kawan2..mama selalu cakap, "kakak kena tegas....jangan lembut hati", ya..mungkin ramai tak suka cara kakak tp dimasa depan orang akan hormati pendirianmu..sayang". Itulah mama dulu dan sekarang..mama tidak mudah termakan dengan keadaan semasa....bila ada yang tak kena dimata mama akan tegur dan bila ada kawan diumpat mama akan menjauhi kawan yang suka mengumpat itu dan paling mama tidak suka bila ada yang menghubungi mama semata mahu bertanya atas tujuan mengintai2 aib kawan lain misalnya, "orang tu kan dulu bla bla bla atau kau tahu tak bla bla bal".....jauhi kawan sebegini melalui konsep throw away tanpa memutuskan silaturahim.
Semasa seusia kakak mama berprinsip tidak akan bergaduh semata-mata kerana lelaki.....jika ada pelajar perempuan datang bertanya atau sebaliknya ayat mama mudah dan mungkin membakar..."ambillah kalau suka free saja....just take it". Macam tak ada cita2 lain datang kesekolah hello kita masih sekolah lagi dalam hati mama ketika itu...mama ni memang kasar dan orang2 sekeliling mama pun tahu betapa kuatnya prinsip dan pendirian mama. Tu antara sebab papa mengatakan mama jual mahal dan susah nak dekat.
Kita boleh menyertai yang ramai jika yang ramai itu membawa kita kepada kebaikan ttp jika yang ramai itu menyanggah dari jalan menuju keredhaannya amat wajar kita bersendirian kerana kita ini lemah lambat laun yang menyanggah itu menjadi magnet membuatkan jiwa kita jauh dari Allah SWT.
Kadang-kadang kita merasakan menjadi hebat menjadi perhatian ramai dan dalam masa yang sama kita juga diiri hati oleh yang memerhati. Jadi ambillah jalan sederhana biar tidak dipandang manusia asalkan Allah SWT redha kepada kita.
Comments
Post a Comment