Mak, aku dan anak ..... sinambungan yang tiada sudah
"Adik nak pi mana esok", tanya Mak suatu ketika dulu.
"Erm tak pi mana kut dok rumah", jawapku.
"Esok jom ikut mak ada ustazah mai di surau", ajak mak dengan nada lembut. Aku dan mak macam kawan. Macam-macam kami sembangkan dan yang pasti mak suka buat aku ketawa dengan joke selamba dia. Sebenarnya aku banyak mengikut mak ke kelas pengajiannya dan kelas2 tersebut memberi pengalaman dan ilmu kepadaku hingga kini. Mak amat berbeza dengan mak-mak yang lain saat mak-mak lain sibuk memperagakan emas hingga kelengan mak sibuk dengan kelas-kelas agama dan pondoknya. Mak adalah warisan keluarga Pattani yang berterabur di Kedah samada menjadi guru Al Quran atau membuka sekolah pondok. Manakala abah pula origin keluarga melayu/siam yang pernah menjadi anak murid mengaji Al Quran kepada Nek Sinah (nenek Mak).
Mak dan abah menghabiskan usia mereka dengan mengulang baca Al Quran dan hadis. Saat terluang bila ada anak cucu bertandang mereka akan berkongsi ilmu...hafal ayat ni, doa ni, zikirkan selalu....itu yang selalu di war-warkan dimulut.
Hari ini ...."Yan jiran di kejiranan kami menyampaikan bahawa surau di Taman Perumahan ada kelas tafsir Al Quran pada keesokkan hari". Dalam kereta tadi aku mengajak kakak untuk bersama ke kelas tersebut. Alhamdulillah dia excited untuk turut serta.
Bak kata mak setiap apa ketenangan, kemudahan dan keselesaan yang kita nikmati itu adalah rezeki daripada Allah SWT dan bersyukurlah dengan anugerahNYA. Dan jangan sesekali bandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana their shoes is different than ours. Dan jangan jadikan harta sebagai ukuran kehidupan ia adalah fatamogana.
Kehidupan kita esok lusa amat bergantung kepada kehidupan kita hari ini tanpa ilmu dan iman kita seolah berenang di lautan hindi tanpa haluan.
Comments
Post a Comment