Bed time story

Bed time story.

Selalukan kita tengok english movie ...ibu atau ayah akan membacakan buku sampai anak akan tertidur. Erm agaknya kita amalkan tak kepada anak-anak kita.


Ini kenangan aku dan mak. Masa nak tidur selalu mak akan membacakan sifat-sifat Allah SWT dalam bentuk nyanyian...Wujud-Qidam-Baqo-Mukhalafatuhu Lil Hawadis-Wahdaniyat-Qudrat-Iradat-Ilmu-Hayat. Sebenarnya sifat2 Allah ini mak bacakan ketika umurku 5 dan 6 tahun dan aku ingat hingga ke hari ini.

Sebenarnya ada kelebihan bed time story kepada anak-anak dan sebagai muslim kita juga dianjurkan mendoakan diubun anak-anak ketika mereka baru tidur.

Kelebihan minda bawah sedar - masa anak nak terlelap ni, macam-macam perkara boleh disimpan ke dalam fikiran mereka. Inilah masa terbaik untuk psiko fikiran anak. Sebaiknya, pilihlah cerita-cerita nabi atau kisah tauladan.
Belajar vocabulary, bahasa yang baru - ada research mengatakan bedtime stories boleh membantu di dalam perkembangan membina kemahiran mendengar, menambah vocabulary, kreativity dan perkembangan kemahiran komunikasi lisan.

Dulu suami selalu melihat anak jiran yang kini sudah darjah 6 ketika di berusia 6 tahun apabila disurau membaca surah yassin dengan lancar sekali dan suami melihat yassin yang dipegangnya terbalik maksudnya budak ini menghafal surah yassin......kebetulan ibunya baby sitter anak2 jadi aku bertanyakan ibunya. Ibunya menjawap bapanya selalu membaca jadi mungkin dari situ span mindanya menyimpan ayat-ayat dari surah yassin ini.   

Anak-anak ini mempunyai kelebihan dan kemahiran yang kita sendiri tidak dapat menjangkanya. Sesuatu yang rutin kita lakukan terutamanya ketika "bed time mereka" akan memberi impak diluar dugaan kita. Contohnya hari2 kita bacakan 3 qul...dan selepas seminggu tiba-tiba mulut mereka membaca ayat tersebut ketika
sambil bermain.....








































Comments

Popular Posts