Sudah jatuh ditimpa tangga

Pernah dengar peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah yang berlaku kepadaku semalam. 

Semalam selepas ambil kakak yang pergi ke rumah Aiza untuk study group di Taman Ki-Park, Puchong aku terus menghala ke Hospital Serdang. Sampai di sana jam menunjukkan pukul 6.30 ptg. Sesampainya kami di sana cuma tinggal ayah terbaring dikatil. Terus aku dan kakak mendapatkan ayah. Ayah beritahu Mak Manis ada Uda dah berlalu 15 minit yang lalu. Menghampiri pukul 7.15 aku dan kakak pun minta diri untuk pulang.

Dalam perjalanan ke Puchong, Alang telefon. "Mama no electrik at home, papa pesan suruh beli lilin", beritahunya. Alamak. Seingat aku tiap2 bulan aku bayar via cimb clicks without miss cuma yang aku baru perasan last week sepatutnya aku bayar extra tp aku menten the minimun payment RM50. Hu hu hu Puan Sally mana ada orang guna electrik RM50.00 dengan segala bagai nak main touch and go saja. Dek kerana itu outstanding bill drag to RM200++.. My mistake is paying without checking the bill..... Aku tahu Cik B confirm mengamuk sakan.

Sesampainya Puchong aku terus menghala ke Kedai runcit di Puchong Permai. Lilin sudah di beli dan dengan rasa teruja aku masuk dalam kereta.....OMG tak boleh nak start bateri dah kong. Nak minta cik B datang tak sampai hati pula sbb dah la gelap dia kena tinggalkan Waleed. Fikir...fikir...fikir terus aku ke kedai bagi tahu tuan kedai aku nak tinggalkan kereta depan kedainya. Tuan Kedai cuba bagi pertolongan tp biasalah kereta auto....mana boleh tolak. Kemudian aku dan kakak berjalan kaki sejauh 3.5 km  untuk ke rumah. Semasa berjalan langsung tak fikir apa-apa fokus nak sampai rumah saja...jauh sebenarnya tp disebabkan dulu selalu berwalkaton mewakili sekolah terkejar-kejar jugalah anak dara seorang tu.

Sampai dirumah. Orang tu muka masam tanda protes. Tak cakap. Memang marah. The best part selalunya orang tu tak layan game semalam main game beriya....aku pasang lilin anak2 mula la excited dengan lilin terutamanya As Siddiq dan Al Waleed. Jenuh nak larikan lilin dari mereka teruja sungguh mereka dengan api. Tak sempat nak masak dinner mujurlah orang tu belikan pau dan aku ada bungkuskan wafer chocolate selepas melawat ayah di hospital. Makan yang apa yg ada saja, sebenarnya penat selera makan pun dah hilang. 

Tengok orang tu macam dah ok sikit aku pun mengajaknya ke Puchong Permai...to jumper kereta yang tersadai di depan kedai runcit. Pak Gajah jumper anak singga....sekejap saja bertenaga semula.

Semalam dah la tidur bergelap mula la terdengar bunyi hingar bingar kenderaan yg bertali arus di LDP, panas tu tak tahulah nak cakap apa lagi berdepanlah dengan iklan2 tangisan Al Waleed yang tidur dalam keadaan tidak selesa.

Pagi ini aku memikirkan hal semalam...banyak yang aku belajar. Banyak perkara terjadi tanpa kita duga kerana kelalaian kita sendiri. Dan aku bayangkan bagaimana orang yang tidak berkenderaan ....dan hidup tanpa kemudahan elekrik dengan anak kecil. Kadang-kadang kita mudah lupa dengan nikmat yang ada didepan mata kita selalu merungut sedangkan kita tidak tahu mungkin ada insan lain makannya hanya kais pagi sahaja. Macam yang aku katakan pada kakak, dalam hidup ini perlukan kesabaran yang tinggi. Senyum dan tarik nafas bila menghadapi saat jatuh ditimpa tangga mcm ni dan fikirkan plan yang boleh mengurangkan kesakitan akibat ditimpa tanga dan jatuh itu.

Hidup ini adalah pembelajaran dan universiti kehidupan pada mereka yang mahu mengambil iktibar dari setiap kejadian.
 

Comments

Popular Posts