Ahad yang sibuk
Ahad yang sibuk.
Pukul 5 pagi mama dah buka mata. Semalam abang pesan mama esok abang ada sukan komuniti dan kakak pula ada seminar PMR.
Pukul 7 pagi kami sekeluarga dah bergerak ke Sunway dan kemuadian melencong ke Putra Perdana menghantar kakak.
Tiada istilah rehat bila kita telah mengambil amanah sebagai ibu-bapa. Apa yang kita lakukan hari ini memberi kesan kepada mereka di masa depa.
Semalam seharian abang tiada di rumah. Dengan latihan futsalnya membuatkan anak mama yang montel sedikit tu dah semakin slim dan makin handsome....macam Awal Ashaari dan Ustaz Don. Sebenarnya ayat ni repeated ..anak mama ni dah makin slim ...sebenarnya ucapan mulut ibu merupakan doa dan ianya adalah sumber keyakinan seorang yang bernama anak. Abang ini sebenarnya very good in hafazan. Dan mama tak pernah keep saying yang tak elok walaupun dalam masa yang sama mama selalu suruh dia improve a lot of thing dalam kehidupannya. Banyak perubahan yang mama nampak dalam diri anak kedua mama ini. Ada masa mama marah sangat tp selalunya mama akan cool down sbb kata-katanya dan riak wajahnya menyejukkan jiwa mama. Dia selalu melakukan sesuatu yang kita tak jangka misalnya bila kita dalam keadaan sibuk dia dengan sukarela datang memberi bantuan.
Kakak pula akan menghadapi exam PMR beberapa hari lagi. Da kerisauan dalam dirinya ttp mama yakin dia mampu melakukan yang terbaik untuk dirinya. Dia rule model buat adik-adik dibawahnya.
Alang, Siddiq & Waleed masih melekat di jari mama. Maksudnya mereka masih perlukan tunjuk ajar yang masih kejurus kanak-kanak melalui pendekatan yg berbeza dari kakak dan abang yang telah memasuki zon awal remaja.
Menjadi ibu bapa bukannya sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan ilmu dan panduan dari pengalaman orang terdahulu. Empati dari kita mendekatkan kita dengan anak-anak tanpa mencederakan emosi mereka.
Comments
Post a Comment