My Heart...kondisi yang makin lemah
permata hati yang membuatkan diri sentiasa tersenyum |
Dua tiga minggu ini aku kembali merasakan kebas-kebas sebelah kiri badan. Dan aku mudah sangat letih. Batuk tidak semena-mena mendatang. Setiap kali memandang setiap wajah anak-anak cecair jernih suam derah meluncur laju.....Hosnuzon aku pasti Allah SWT tahu akan resahnya hati ini.
Jumaat 20.09.2013 aku rhasa macam sesuatu kelainan. Penat semacam. Tangan susah nak pegang stereng kereta dan bahagian belakang badan seolah mencengkam....aku whatapss pada cik B. "kt masjid doakan mama panjang umur at least sampai anak2 boleh survive". Bertemu Dr panel dia menyarankan aku menukar dr kardio yang dia rasakan dr kardio sekarang under estimated kepada patient perempuan. Dia menyarankan aku terus ke IJN. Aku tathu kondisi aku makin teruk nak masak pun dah mula termengah-mengah.
doa sy utk awak
ReplyDelete