Pida Sanglang Ohhh Pida Sanglang


Tidak pernah sekalipun aku membuka pekung Pida Sanglang tempat kelahiranku jua tempatku bermain. Tempat yang meniup semangat seorang anak yang ingin mengapai sang kejora. Embun rumput Pida Sanglang yang menghijau masih lagi melekat di kakinya.

Setiap 5 tahun pelbagai janji ditabur dan kelemasan penduduk di sana mengilai janji-janji yang tidak tahu entah bila akan dikota. Penat bak pungguk menunggu bulan yang tidak tahu bila jatuh keriba.

Setahu aku sedari dulu hanya satu tangki air yang membekalkan air kepada penduduk Air Hitam, Jerlun, Sanglang dan juga Pida Sanglang serta jua beberapa tempat lain yang sewaktu dengannya. Bertahun lama, dari Adun A ke Adun B dan C, D, E masih lagi tangki air yang sama. Aku tidak pasti kawasan lain namun bagi kami penduduk Pida Sanglang masalah tekanan air yang rendah seakan tidak berkesudahan dan air langsung tidak ada jika waktu puncak seperti hari minggu dan hari perayaan. Alhamdulillah mungkin sudah biasa dengan kegiatan ekonomi utama iaitu menaman padi, penduduk Pida Sanglang sentiasa beringat. Maklumlah dahulu sudah biasa dengan padi setahun sekali maka budaya ini menjadi resam dalam diri orang pida....beringat. Air di baldi tidak pernah kami curah walau terdengar guruh di langit. Baru satu kemelut Pida Sanglang......aku bagai tidak mampu menekan keyboard air mata mulai bermanik...


Benarlah kata abah.....siapapun boleh buat janji namun bolehkan janji tersebut direalitikan...




Comments

Popular Posts