My Mad Story....All About Car


Cerita 1

Seperti hari sebelumnya, jika ke kedai "hardware" d'Neo aku akan meletak kereta berhadapan dengan kedai tersebut. Setelah mendapatkan segala barang yang diperlukan dan mengisi perut. Aku terus ke kereta dan menekan punat pengera kereta. Tidak berfungsi. Pelik. Baru dua tiga hari lepas "hubby" menganti bateri baru. Aku mencuba cara manual tidak boleh. Makin pelik. Seorang lelaki tidak jauh dari situ memerhatikan gelagat ku. 15 minit berlalu. Perkara terakhir yang mungkin aku lakukan ialah menelefon heroku....


Tiba-tiba ....aku terpandang ke dalam kereta. ...Ermm sejak bila aku menggunakan pewangi lemon sebegitu. "Alamak kereta orang rupanya"....Mataku menjalar kepersekitarn tempat meletak kereta...itupun hitam ku....




Cerita 2




Di petrol kios untuk mengisi minyak. Setelah membuat pembayaran aku kereta terus menghidupkan kereta dan bergerak keluar. Tiba-tiba mata terpandang meter minyak. Alamak terlupa nak isi minyak. Nasib baik masih dalam kawasan kios.





Cerita 3


Setelah selesai urusan di Pejabat Tanah Salak Tinggi, aku bergerak ke kereta. Punat pengera di tekan. Masuk di dalam kereta. Alamak mana boleh aku duduk di sini he he he ..sapa nak drive. Aku berpura mencari sesuatu agar aorang berdekatan tidak perasan aku tersilap....



Cerita 4


Berlaku lebih 6 tahun yang lepas....hujan renyai...keluar dari bagunan AHP TTDI aku terus menuju ke kereta. Pintu ku buka...alamak Baiii...salah kereta. Aku menutup kereta dari seberang jalan kelihatan Wan dan Wani terbahak-bahak ketawa dan Mr Hubby kelam kabut menuju ke arahku.


Cerita 5


Seminggu selepas pulang dari kampung. Ada satu bau pelik, mulanya aku ingatkan bau kasut anak-anak. Namun pada suatu hari bau tersebut datang dari bahagian enjin kereta. Malamnya aku meminta Mr Hubby melihat bahagian enjin tersebut. Alamak....seekor kucing terperangkap di dalam sana. Bulu-bulunya telah tercabut dan kulitnya telah lekang. Rupanya kucing itu adalah kucing yang selalu ke rumah mertua. .....Ralat sangat macam mana aku tak perasan ada kucing di dalam bahagian enjin kereta...




Comments

Popular Posts