Survival anak-anak mangsa perceraian dan poligami
Perceraian dan poligami selalunya memberi kesan yang negative terutama kepada anak-anak.
Ada orang kata aku mampu apa salahnya. Aku tersenyum.
Harta benda tidak mampu membayar harga kasih sayang dan masa berkualiti bersama anak-anak.
Sedari sekolah aku antara yang lantang menentang poligami melayu totok. Poligami yang kononnya sebagai sunnah tetapi diserbani dengan nafsu yang meleret yang membuatkan anak-anak menjadi mangsa akibat perbuatan orang dewasa.
Begitu juga hati aku mudah terhiris bila ada kawan-kawan membuat keputusan untuk berpisah...dan soalan aku kepada mereka, anak-anak macam mana?...Jawapan mereka anak-anak akan faham nanti.
Aku dan kakak selalu berbincang secara terbuka berkenaan hal ini sebagaimana abahku dulu secara terbuka berbicara hal ini denganku. Survival anak-anak mangsa perceraian. Penyu menangis siapa yang tahu. Ada suatu kisah di mana perceraian ibu-bapa berlaku kepada kawan baiknya. "Kesian ma...kawan kakak tu mak dan ayah tinggalkan mereka adik beradik dan mujurlah ada jiran yang perihatin menolong mereka". Aku sebak. Apalah anak-anak bawah umur tahu bila ibu dan ayah mereka berpisah.
Sikap tipikal melayu yang aku sebutkan dalam post sebelum ini bukan saja tipikal malah kurang kekhalifahan dalam diri. Orang berkahwin dia pun nak berkahwin tetapi tidak meresapi apa sebenarnaya akad dalam perkahwinan tersebut malah ada yang langsung lupa bahawa anak-anak itu adalah amanah daripada akad mereka dalam perkahwinan.
Orang melayu bak kata Tun Mahatdir ....mudah lupa. Inilah dia. Lupa siapa kita sebenarnya. Lupa bahawa anak2 itu penerusan keturunan kita.
Kakak merupakan seorang yang observe sama seperti mamanya. Riak wajah dan cerita kawan-kawannya memberi impak kepada dirinya dan selalunya dikongsi bersama-sama. Ketika itu aku memberitahunya dalam hidup ini jangan sesekali jual agama kerana harta. Dan jangan jual kasih sayang dengan wang ringgit sebab semuanya akan menimbulkan pelbagai gejala yang merosakkan anak bangsa.
Dulu aku ada beberapa kawan anak yatim. Mereka tinggal di rumah anak yatim hulu Klang. Berkali-kali juga aku visit mereka. Ditanya mengapa tidak tinggal dengan mak. Mereka menjawap lebih baik mereka di rumah anak yatim berbanding di rumah mak yang telah berkawin baru. Inilah survival anak-anak bila ibu atau bapa berkahwin lagi. Dan kawanku yang lain ibunya ditinggalkan terkontang kanting oleh bapanya yang mana membuatkannya membenci lelaki. Survival anak-anak mangsa perceraian terpaksa merasai kepahitan hidup tanpa ibu-bapa. Dalam survival ini mereka perlu tabah dan tebalkan telinga bila ada suara menyakitkan hati disekeliling mereka....sabarlah wahai anak, inshaAllah sampai masa nanti hidupmu akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Bukan mudah hidup tanpa kedua ibu-bapa dan tiada siapa dapat mengantikan tempat keduanya... Tidak Allah SWT jadikan sesuatu itu sia-sia pasti ada hikmah untuk kita teladani di masa depan.
penceraian adalah benda halal yg tidak disukai Allah
ReplyDeleteskrg sy perhati, mudahnya bercerai
x nak komen lebih sbb org kata 'tak kena pd ko bleh lah cakap'
siapalah yg nak kahwin utk bercerai, sesetengah situasi, perceraian adalah yg terbaik, ada byk hikmah kesan dari perceraian, kadang ada parents pun anak boleh terbiar dari pelbagai segi - lalai bab agama, pendidikan dunia akhirat, harus disedari monogami, poligami hatta single parent pon mampu mengubah nasib kita selagi berpegang pada al-quran dan sunnah, selagi kita sedar tanggungjawab kita as khalifah, selagi kita boleh menerima teguran dan memberi teguran. Just my 2 cents opinion. Salam.
ReplyDelete