Tips untuk menceburi diri dalam media sosial

Semalam kakak bercerita mengenai pergaduhan palsu antara beliau dan kawan baiknya di media sosial tersebar. Cepat sungguh orang luar menaksir sesuatu yang negative.

Begitu juga tahun lepas beberapa kawan sekelasnya membuat pergaduhan tiruan yang mana menimbulan ketegangan dikalangan pihak lain. 

Aku pun kadang-kadang sengaja meletakkan status-status pelik dan sengaja aku ingin melihat bagaimana tindak-balas persekitaran....rupanya manusia lebih cenderung untuk melihat kita disudut negative berbanding positive dan kadang kala bila kita meletakkan sesuatu positive dihukumkan kita dengan hukuman yang tidak masuk akan seolahnya mata mereka telus boleh menterjemahkan ilusi hati kita.

Lately ini kita disajikan dengan pelbagai media sosial maka pelbagai hakim akan memberi hukuman atas apa yang kita letakkan di media tersebut. Bila kita pakai pakaian biru terus di hukumkan kita kau BN tak guna bila kita cat rumah warna hijau dihukumkan Alhamdulillah akhirnya kau mengambil jalan yang benar. Kitakah penentu semua ini?

Tips untuk menceburi diri dalam aktiviti sosial ..terutamanya FACEBOOK...

1. Kurangkan terasa hati selagi mana nama kita tidak disebut & tiada serangan peribadi...jangan mudah berasa hati ataupun kita ni ada makan cili ke....??

2. Baca & faham mengikut situasi si penaip. barangkali si penaip komen
dengan bersahaja/gembira TETAPI kita membaca dgn mood TEGANG / MARAH/MURUNG.. Ini mengakibatkan salah faham yg diwujudkan diri kita sendiri...

3. Jangan memegang jawatan TUHAN, iaitu pandai/tahu menilai isi hati si peng-komen² ATAU individu yang kita tidak kenal/baru kenal...

4. Jangan menyampuk ATAU menyibuk status yang anda sendiri tidak tahu/faham pucuk pangkal..bak kata lain jangan sebarangan chip in...

5. Tegur secara PM sekiranya ingin menegur dengan berhemah.
Jangan menjatuhkan air muka org lain.

6. Jangan jadikan wall untuk meluahkan perasaan tak puas hati kat bf, suami & isteri, kawan mahupun sesiapa..ada berani cakap terus terang..
Jangan lah lontar batu sembunyi tangan...itu pengecut!

psst: terlalu ramai orang yang tak reti bersosial..
tak pandai menari malah bilang lantai jongkang jongkit...kutepukdahi.

Media sosial adalah platform untuk bersembang didunia nyata...belajarlah...

wake up wake up..dunia ini bukan milik kita seorang ya...share it

Comments

Popular Posts