Isteri Orang suami Orang berhati-hati
Sedih mendengar berita mengenai perselingkuhan rumah tangga kawan-kawan akibat cintan-cintun isteri orang dengan suami orang. Sebenarnya aku pernah melihat panorama ini ketika belum berkahwin. Ketika itu aku bekerja di sebuah bank di Bangsar. Aku melihat seorang kakak dalam usia penghujung 20an atau awal 30an setiap hari di hantar suami selepas mencium tangan suami dan suami pergi dengan cepat dia pergi mendapatkan teman lelakinya pula dan aku yang naif ketika itu melihat dengan pelik terus bertanya kepada salah seorang kerani di bawahku dan mereka berkongsi.......hatiku beristifar dan perkara ini aku kongsikan dengan mak. Dan mak banyak memberi nasihat supaya menjadikan
ini sebagai iktibar kepada diri sendiri.
Dari mula bekerja hingga kini aku banyak deal dengan lelaki. Aku bertemu dengan pelbagai peringkat lelaki. Ada yang ok ada yang mengatal tahap dewa. Ada mcm abang memberi tunjuk ajar dan nasihat dan ada macam-macam. Namun aku letakkan batas-batas sebagai perempuan dan juga isteri ada benda YES ada NO.
Yes bila melibatkan soal kerja
No bila membabitkan soal peribadi seperti berkongsi masalah, keluar makan....soal keluar lunch aku selalu dimarahi oleh beberapa teman pejabat lelaki dulu bila mereka mengajak keluar lunch. "Hang ni konservative nampak macam open minded"....aku tersenyum....secara luaran memang nampak aku macam open minded, peramah dan hoha dengan sesiapa saja namun secara peribadi aku mempunyai prinsip tegas supaya tidak ada unsur yang boleh merosakkan imanku dan perhubungan aku dan suami. Aku amat hormat dan hargai kunfayakun dari Allah SWT dan tidak mahu yang dikejar tidak dapat mahu yang dikendong berciciran. Dan kena selalu sematkan dalam diri no best friend nonmuhrim....bila kita berkahwin suami atau isteri kitalah best friend kita.
Dalam kehidupan berumahtangga kita perlu mempunya prinsip tegas demi kerukunan perhubungan suami isteri. Kita bukan anak-anak sekolah yang masih memikirkan mahu lepak dengan kawan itu atau ini. Perkahwinan itu adalah amanah dan ianya menghalalkan sesuatu yang haram.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kemaluan mereka” (Surah an-Nur, ayat 30-31).
Allah SWT melalui An-Nur 30:31 telah memberi panduan supaya kita tidak terjebak dengan hasutan syaitan dan kita juga diminta jangan menghampiri zina melalui,
"Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:32)
Kita mungkin boleh terlepas dari hukuman dunia kerana tiada siapa melihat dan tiada cctv merakam namun ingatkan Allah SWT dan malaikat sentiasa ada dimana dan bila-bila saja.
Kita mungkin boleh terlepas dari hukuman dunia kerana tiada siapa melihat dan tiada cctv merakam namun ingatkan Allah SWT dan malaikat sentiasa ada dimana dan bila-bila saja.
Kehidupan kita bukan sekadar di dunia sahaja carilah akhirat di dalamnya. Dan kena selalu letakkan dalam hati kita keluar dengan keizinan suami dengan nawaitu keluarga bukan untuk perkara lain......semoga kita dapat memelihara diri kita dari maksiat dan mampu melahirkan anak2 yang teguh kasih sayangnya hanya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
semoga kita dijauhkan dr sifat sebegitu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete