XTVT awal cuti..Let go to the Zoo





Yuhuu cuti sekolah sudah bermula....semalam tidak dapat kemana sebab jadual kakak penuh dengan tusyen jadi hari ini selepas sarapan pagi kami mulakan perjalanan ke Hulu Klang...Let go to the zoo



Panas terik hari ini berpeluh-peluh As Siddiq namun kelihatan di wajah mereka amat gembira. Jiwa anak-anak tidak sama dengan jiwa orang dewasa mereka lebih tertarik dengan mainan, binatang dan bacaan. Bila kita dekatkan mereka dengan perkara yang mereka sukai ternyata ianya memberi impak yang besar dalam diri mereka dan dalam masa yang sama juga membuahkan pembelajaran dalam diri mereka.




Anak-anak tidak pernah tahu nama branded atau percutian mewah namun apa yang mereka inginkan adalah keperluan mereka dalam meneroka alam kanak-kanak mereka. Kadang kala kita sebagai ibu bapa tersalah tafsir kira rasa membawa anak keperanginan terkenal yang bersesuaian dengan jiwa kita namun ternyata percutian itu tidak memberi makna terhadap anak-anak kita.




Kali terakhir kami menjejakkan kaki ke zoo ketika Alang sebaya dengan As Siddiq sekarang. Ketika itu Alang tidak menunjukkan perasaan teruja melihat binatang liaq sebagai mana As Siddiq.....mungkin anak lelaki sedikit berbeza dengan perempuan.



Walaupun panas dan kepalaku sakit sehingga sekarang namun melihatkan kegembiraan mereka sudah cukup memuaskan hatiku.

Comments

Popular Posts