Rahmatilah dia Ya Allah
Alhamdulillah syukur kepadaNya seorang teman rapatku akan ke bumimu Ya Rab. Terharu dan amat gembira dengan berita ini sesunguhnya Ya Allah berikanlah nikmat kasihMu pada teman ini. Menerima berita keberangkatannya ke Mekah menunaikan umrah 9 Jun ini benar-benar memberi kesan pada diri.
Teman yang ku kenali takala form 1 agak rapat denganku dan kami berkongsi banyak perkara namun aku tahu disudut hatinya menyimpan pelbagai rahsia kesedihan hati. Lantaran itu aku sentiasa mendoakan dan mengharapkan agar hidupnya sentiasa bahagia dan ceria.
Selamat menunaikan Umrah sahabat semoga di rumah Allah sana ketenangan menjadi milikmu...Amin
Comments
Post a Comment