Tuhan lebih mengetahui


Sebenarnya minggu lepas aku agak terkedu diperlakukan oleh seseorang di jabatan XXY. Aku tidak pasti apa niatnya yang agak *rude* denganku ketika aku berurusan dengannya. Sebelum bertemunya aku sudah beberapa kali meminta penjelasan daripada atasanku. Aku telah lama berurusan dengan bangsa lain untuk kerja XXY yang sama........banyak bezanya melayu dengan bangsa lain dari segi komitmen kerja.

Hari ini kebetulan aku ke sana lagi untuk perkara lain. Mesra staff XXY itu menyapaku. Ermmm mungkin last week she on red ...ha ha ha ha. Balik ke jabatanku aku bertanya pada atasan samada dia ada memberitahu miss XXY berkenaan hal minggu lepas, dan atasan langsung tidak berbual dengannya...

Mungkin aku tak perlu ambil hati..hati manusia mudah berubah walaupun agak terkilan bila di *undergrade* sedangkan sebelum ini aku di syarikat MNC tidak pernah merasa perasaan sebegini. Tuhan lebih mengetahui.

Comments

Popular Posts