Jalan jalan cari makan




My Mat mengajak pergi jalan-jalan cari makan Redang ke? Kapas Ke?....namun tahun ini agak kritikal (Tahun EXAM) jawapannya macam biasa tidak. Sudah lama tidak melepak digigian pantai...rindu pada semua ini namun rindu lagi aku kepada hembusan angin segar Pida Sanglang yang kaya dengan oksigen. Rindu aku pada pantai berselut kampung baru. Rindu aku pada perkampungan nelayan Kuala Sanglang. Rindu aku pada hamparan hijau kuning dataran Kedah.Halaman bonda tempat bermain. Itulah jati diri yang ada dalam diri anak Hijau Kuning.



Dan sudah kutekad selagi orang tua kami berdua masih bernafas sekagi itulah cuti tahunan akan kami habiskan di Kedah. Tiada apa yang indah melainkan dapat bersama-sama dengan orang yang telah melahirkan dan membesarkan kita suatu masa dahulu. Orang yang mendidik kita menjadi insan sebagaimana hati ini. Perlukan kita meletakkan kepentingan keseronokan diri disamping menidakkan rasa sunyi mereka nun jauh di sana. Bak kata pepatah, "Teman handai boleh dicari namun saudara mara & ibu bapa tiada galang ganti".



Dimana bumiku berpijak ...di mana langit kujunjung namun Kedah dan orang-orangnya tetap dihati ini.



Hari ini Insyaallah selepas maghrib kami sekeluarga akan berangkat ke sana.

Comments

Popular Posts