Value Added (Nilai Tambah)

Bila berkomunikasi atau berkenal dengan sesiapa sahaja pasti aku akan melihat kepada value added (nilai tambah) individu berkenaan. Paras rupa atau material bukan kayu ukur kepada value added tersebut namun kekadang perhubungan kedua perkara di atas menjadikan seseorang itu bertambah istimewa.

Sebagai anak pesawah, kebanyakkan kami amat peka dengan persekitaran alam. Hujan dan kemarau. Monson barat daya dan timur laut memberi kelainan emosi.

Aku tertarik kepadanya bukan kerana paras namun sifat sayang kepada saudara yang terpampang pada dirinya amat kuat. Kata emak orang sebegini selalunya orang yang berpegang teguh kepada keluarga dan mampu menjadi ketua keluarga yang toleran dan bertangungjawab. Itulah pepatah melayu...."orang tua makan garam terlebih dahulu". Benar firasat mak.

Ku kenal seorang kakak di tempat kerja di Damansara. Orangnya cantik, bergaya dengan kelas tersendiri. Ya..boleh di katakan agak berkedudukan. Aku kagum dengan kakak ini. Biarpun tika itu tidak tertonjol keislamannya secara fizikan namun aku nampak di dalam dirinya penuh dengan cahaya keislaman. Dan dia antara orang yang aku kenal tidak pernah menonjolkan kehebatan material..kagum aku. Bibirnya jarang berkisar persoalan orang lain. Rasa selesa bersamanya.

Seorang teman agak rapat denganku mungkin pada yang tidak mengenalinya secara rapat menuduhnya melulu namun ada suatu tarikan menyebabkan aku rapat dengannya. Orangnya biasa dan takala kami bersama hanya dipenuhi dengan gurau dan tawa. Bahagia. Dia bukannya manuasia yang suka berkesah dengan sikap manusia lain. Dia juga agak rapat dengan keluarga. Mungkin itu persamaan kamu.

Kukenali 3 insan, bagiku mereka istimewa anak Kuala Lumpur yang tidak dicemari lumpurnya. Kagum aku dengan ibu bapa ke tiga-tiga insan ini. Sesekali ingin rasanya bertemu ibu bapa yang mendidik mereka.

Insan ini umpama idolaku. Semenjak mengenalinya banyak perkara mengenai kehidupan aku belajar darinya. Kesederhanaan hidup, Addin dan kewaspadaan menjadi pegangannya. Kugenggam setiap kata-kata dan nasihatnya. Kurenungi setiap langkahnya. Moga suatu hari zuriat kami melurut sebagaimana anak-anaknya. Jika di lihat secara kasar akan nampak dia perempuan melayu biasa. Hanya berbaju kurung dan bertudung sekadar biasa. Begitu jua suami serba sederhana. Namun perjalanan kehidupan mereka sedari bangun tidur terpancar nur dan ketenangan. Keberkatan hidup mereka terpancar dengan keberhasilan anak-anak yang bertakwa. Sejuk perut ibu mengandung.

Aku suka memandang insan dari sudut membina. Ada teman yang kata-katanya sentiasa memberi ketenangan. Ada teman bila berbual menimbulkan keyakinan diri. Ada pula teman lain yang mampu merongkai kesulitan......Itulah sebenar value added insan



Comments

Popular Posts