2010 - seminggu sessi persekolahan ada perubahan ...


Seminggu sudah anak-anak memulakan persekolahan sessi 2010. Masa berlalu pantas sekali. Tahun ini puteri sulung akan menduduki peperiksaan utama sekolah rendah UPSR.


Alhamdulillah nampaknya dia bersemangat dan mempunyai target tersendiri. Berdasarkan perbualan, sms, email dia dengan teman-temannya nampaknya ada kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan. Puteri sulung yang banyak memberi inspirasi kepada adik-adiknya. Syukur ...Ya Allah. Tanpa perlu memberinya tekanan ataupun suruhan dia amat peka akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya. Anak sulung...mungkin itulah karektor pembawaannya. Sesekali terusik hati melihat dia membantu Myra dan Al-Khattab menyelesaikan kerja sekolah mereka. Sebagaimana mak ...aku amat toleran dengan anak-anak. Mereka ada hak dalam mewarnai dunia kanak-kanak mereka. Justeru itu zaman kanak-kanaklah yang menjadi pemangkin kepada pembentukan sosial dan sahsiah mereka di masa depan.


Alkhattab. Perubahan dirinya amat besar. Mungkin terikut dengan sifat tekun kakak. Permulaan 2010 dia nampak amat bersemangat sekali. Kerja sekolah tidak lagi perlu diingatkan. Ada keinginan mencapai sesuatu sebagaimana kakak. Mungkin kerana kelasnya naik sedikit menyebabkan minatnya terhadap pelajaran meningkat. Paling bersyukur ingatan mereka pada Yang Esa amat utuh sekali. Alhamdulillah..atas anugerah ini.


Myra. Masih dengan sifat lama. Sifat happy-go-lucky membuatkan kita merasa dia tidak mengambil berat dengan sekelilingnya. Namun anak ini ada kelebihan tersendiri. Belajar memahami kehidupan dan pembelajaran dengan caranya tersendiri. Aura kakak sedikit sebanyak mempengaruh anak ketiga ini. Walaupun belum lagi menunjukkan kecemerlangan namun dia istimewa dengan caranya. Pantas bertutur membuatkan si abang kekeringan idea.


As Siddiq..si kecik yang mempunyai aura tersendiri. Anak kecik yang bakal mencecah usia 3 tahun pada July ini umpama cermin kakak semasa usia sebaya.


Alhamdulillah...segala yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang jelik itu adalah dari kelemahan hambaNya ini.

Comments

Post a Comment

Popular Posts