Marah
Marah.Semua orang pernah marah. Malah ada yang bertindak diluar batasan apabila tersinggung. Ada yang menunjukkan rasa marah dengan mengumpat atau meceritakan perihal buruk mengenai orang yang dimarahinya. Ada orang mudah menguruskan rasa marah dengan berfikir secara rasional.
Marah akan timbul bila seseorang merasa terancam atau berlaku ketidakadilan, pembohongan, fitnah atau manipulasi terhadap dirinya Walau bersifat alami dan normal namun marah tidak timbul dengan sendirinya. Perasaaan marah timbul karana emosi yang kita miliki telah terganggu atau terancam. Secara internal, marah akan terjadi ketika menghadapi masalah-masalah pribadi, mengingat peristiwa yang sangat mengganggu fikiran, kekecewaan, kurang percaya diri, dsb. Manakala secara eksternal, marah akan terjadi apabila menghadapi kesesakan lalulintas, mendapat ancaman, hak-hak pribadinya diperlakukan secara tidak adil, dsb.
Pernahkah anda di marah, diserang.....Marah sebenarnya mudah diluahkan namun jika marah kita tidak kena tempatnya apakah perasaan insan yang kita hamburkan api kemarahan itu. Pesan mak, aku pegang hingga kini. Sabar...sabar jangan biarkan diri jadi singa kelaparan.
Minggu ini sebenarnya 2 hari lalu, aku menerima panggilan daripada seseorang yang berkedudukan agak tinggi di Universiti Awam. Mendengar suaranya aku pasti dia marah. Suaranya menjengkilkan. Aku hanya mendengar butir percakapannya. Walaupun agak sakit apabila personal diri disentuh aku cuma menarik nafas dan jawapan yang aku berikan kepadanya, "Akak saya hamba Allah, manusia, tidak sempurna sifatnya". Rupanya jawapanku menambah kemarahannya. Personal diriku diperlekehkan lagi. Hampir 35 minit aku mendengar bebelannya. Setelah dia bercakap dengan Pengerusi barulah dia sedar kesilapan berpunca dari dirinya sendiri yang tidak membaca perjanjian dan akta. Di hari yang sama dia menghubungiku semula meminta maaf. Dia mengaku tersilap dan tidak membaca segala yang terkandung dalam perjanjian. Aku tersenyum sendiri, "tak de apa masalah kak, kita manusia tak lari dari buat kesilapan", jawapanku. Dalam hatiku, siapapun kita, taraf manapun kita cubalah bertindak wajar apabila menghadapi masalah supaya kedudukan kita sentiasa dihormati di mata masyarakat.
Yang Kurik itu Sendi
Yang Merah itu Saga
Yang Cantik itu Budi
Yang Indah itu Bahasa
Minggu pertama 2010 membuatkan aku berfikir....Senang marah tetapi sakit apabila dimarah.
Comments
Post a Comment