Ahhhh ....sangkut dlm Traffic Jam


Jumaat 16.02.2007, jam 4.00 bergerak keluar drp Intan menuju Anggerik daripada situ berama adik ipar Syerrie (UDA) bergerak ke Yap Kwan Seng, KL untuk mendapatkan suami. Jam 5.00 pm perjalanan menuju Plaza Tol Jalan Duta. Kesesakan mula terasa memandangkan ketika itu warga kota mulai pulang daripada pejabat. Pergerakan mobil berkapasiti 1.6 ini terasa perlahan teramat untuk sampai ke Rawang. Terlihat beberapa kereta yang mengambil laluan kecemasan kerana tidak sabar dengan kesesakan ini. Namun akhirnya pemandu-pemandu ini disaman oleh penguatkuasa (JPJ). Anak-anak yang belum habih lelah pulang sekolah terkulai melayan mimpi enak di kampung nanti.
Penanda minyak memberi amaran merah, akhirnya kami berhenti di stesen minyak petronas R&R Rawang. Disamping mengisi tangki kami sekeluarga turut menikmati minuman nescafe percuma daripada Petronas. Rupanya, ada lagi saudara suami berhenti di sana, apalagi bermulalah sembang keluarga sebelum meneruskan perjalanan.
Perjalanan masih lagi sesak. Senja kian berlabuh. Nampaknya laluan kecemasan dijadikan laluan alternatif kepada pemandu yang tidak berhemah. Kesesakan R&R membuatkan aku dan suami mengambil keputusan menjamakkan Maghrib ke Ihsya.
Alhamdullah, melepasi tol Ipoh selatan kesesakan mulai reda. Lapang dada melihat lebuhraya. Tepat 11.20 pm kami tiba dilaman rumah mertua di Sg Petani.
Ehem..esok perjalan diteruskan lagi ke utara Kedah.

Comments

  1. Assalamualaikum...saya orang Baling. Saya juga bergerak balik ke kampung pada tarikh tersebut...keluar dari rumah selepas maghrib tetapi dari pengalaman lalu saya memang menjangkakan kesesakan akan berlalu jadi saya mnggunakan jalan lama...jalan persekutuan dari Serendah hingga ke Simpang Pulai barulah saya memasuki PLUS Highway. Saya akan keluar di Kuala Kangsar melalui Gerik, Pengkalan Hulu dan Baling.

    Saya tak akan menggunakan highway ketika waktu puncak spt itu kerana saya tidak akan membayar untuk kesesakan.

    Jalan persekutuan ke utara skrg pun dah lebih selesa...cubalah lain kali.

    ReplyDelete
  2. W'salam Kujies...Terima kasih dengan advise tuh, ada cousin pun ckp macam tuh cuma me & my hubby a bit not comfort dgn federal way, yelah since study dok guna PLUS rasa cam pelik nak guna federal way pulak dok bayang lori yg besaQ i nih jenih phobia sket ...Yup I akan cuba klu balik morning sbb sekarang nih kita org akan berlepas after office ..alamak klu mlm memang tak berani..apapun jazakallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts