Terjahan Pilihanraya cara Malaysia

Poster-poster dan banner-banner pilihanraya berkibaran dimana-mana sahaja dan taman perumahanku tidak terkecuali. "Kenapa banyak sangat kertas di gantung sana-sini mama", tanya si alang Humairaa'. "Ohhh…
sbb kita nak pilihanraya, nak pilih pemimpin untuk mewakili suara kita di parlimen", terangku. "Mama nak undi apa, A or B?", puteri sulung tanya bersahaja. Aku tersenyum dengan pertanyaan tersebut. Anak-anak zaman sekarang detik hatiku.

Terkenang zaman bersama abah dan emak di laman pida. Bila usia menjengah belasan baru kutahu apa itu pilihanraya, mengundi dan parti. Abah seperti biasa saat sebegini pasti beliau dikunjungi pak cik-pak cik berserban dan kerapkali kulihat beliau akan turut serta bersama pak cik- pak cik tersebut kemajlis tertentu. Manakala emak pula lebih liberal dengan penimbangnya. Mungkin juga rumah akan dikunjungi saudara atau tetangga bebicara isu semasa suasana macam meriah namun sebagaimana anak-anak yang lain aku lebih suka
menghabiskan masa dengan aktiviti rutin anak-anak waktu itu. Tidak pernah kami iaitu anak-anak persoalkan undi mak dan abah hingga kini.

Mereka berbeza ideologi namun serasi. Sebagai isteri, emak taat pada abah dan tahu kehendak abah dan abah jua tidak pernah persoalkan ideologi emak.

Sesetengah orang mendefinisi kepartian dengan definisi yang amat rumit yang mana menyebabkan orang-orang disekelilingnya merasa rimas dan rumit untuk lebih liberal lantaran itu kita dijumudkan dengan
persekitaran yang sedia ada tanpa mengambilkira persekitaran yang sepatutnya diadakan. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya puak- memuak, retaknya kekeluargaan dan belahlah sesuatu kaum. Pernah juga kedengaran dikampong dahulu berlaku jika puak A berkenduri puak B tidak akan dijemput sampai begitu sekali jumudnya budaya berparti di Malaysia. Malah anak dan bapa menjadi musuh jika berlainan pangkahan undi. Nampak cetek dan dangkalnya kita dalam menafsir sesuatu polemik. Dan inilah warna-warna terjahan pilihanraya demokrasi berparlimen warisan kurab sang penjajah.

Pesan abah pada dua abang yang pernah bertekak perihal parti masih bertubi diingatan, "yang hampa dok mengkelai pasai parti2 nih pasai apa, sapa yg seronok kelih hampa macam nih, hampa tengok Palestine pasai nihlah org islam kita tak boleh nak bersatu dok nak mengkelai pasai parti pun nak mengkelai", memang benar apa yang keluar dari mulut abah, pepecahan bangsa kita akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.

Saat belum berdaftar sebagai pemilih apabila ditanyai oleh sahabat atau saudara mengapa tidak mengundi, jawapan yang keluar dari mulut aku dan suami parti yang sedia ada belum mampan. Sebenarnya tiada
jawapan sengaja mengadakannya supaya yang bertanya tidak lagi bertanya. Semuanya terletak pada kita walaupun ada yang mengatakan satu undi kita tidak bernilai. Dan pada yang mengatakan undi kami
tidak bernilai tunggu dan nantikan saatnya nilai sebenar satu undi itu. Yang pasti tepuk dada tanya iman di dada. Islam bukan dimulut atau ditinta pena saja namun Islam itu ADDIN is the way of our life.

Tidak berguna berdetum dentam guruh dilangit air ditempayan dicurahkan. Dalam jemaah solat minta diluruskan saf maka aplikasikan dalam kehidupan harian moga tiada yang berbalah dan tiada yang berpecah.

Pida:

Selamat membuang undi dan jalanilah tanggungjawab anda sebagai warganegara. Kepada warga Sanglang, Jerlun, Kubang Pasu, Kodiang, Si Puteh, Tunjang, Changloon, Anak Bukit segalanya ditangan anda. relexjap 31179 pida sanglang

Comments

Popular Posts