Di Malaysia wanita melayu masih tertindas benarkah?
Aku seorang pemerhati. Namun selepas kejadian itu aku banyak berfikir. Kerenah masyakakat, kejahilan dan tipikal pemikiran melayu yang suka menyalahkan orang lain walaupun secara terangan mereka melakukan khilaf. Di Malaysia wanita melayu masih tertindas benarkah?....
Seorang teman Puan R, umur dipertengahan 30an sebayaku. Berkedudukan namun keperibadian wanita muslim amat jelas dalam dirinya. Seorang yang sederhana walaupun pendapatan mencecah 5 angka. "Sal...Its over", katanya ketika menemuiku. Aku merenung riak wajahnya. Ada kepuasan. Aku menrik nafas namun apa yang dilakukannya betul setelah menyaksikan beberapa kecurangan dihadapan mata. "Mungkin Allah SWT akan berikan yang lebih baik lagi pada you", kataku padanya.
Puan L wanita lewat 20an, seorang isteri kedua. Selalu bercerita perihal kelemahan isteri pertama suaminya yang konon tidak pandai mengurus rumahtangga. Aku tidak memberi sebarang komen namun aku bertanya, "berapa orang anak hubby you dengan wife dia". "sembilan", jawab Puan L. Aku tersenyum. Lelaki..lelaki apa yang ada dikepala anda semua. Nikmat Allah SWT manakah yang anda kejar.
.....................................
Comments
Post a Comment