Imbas semula cinta anda
Semalam adik-adik suami (Ateh dan Uda) yang berada di KL berada di rumah. Sambil bercerita sempat menonton layar TV. Satu adegan mengorat yang dipaparkan didalam drama membuatkan adik-adik ipar tergelak. "Part nih yang paling best....sebab masa nih pehh kalau tak leh tackle nak tiduq pun tak boleh", kata suami. Semua tergelak.
Semenjak seminggu lalu aku dan suami sibuk muat turun semula lagu-lagu 90an kebanyakkannya dari kumpulan Wings, Awie dan Hattan yang kami klafikasikan sebagai "lagu kita". Setiap lagu memberi makna yang mendalam saat dan tika tersebut. Memang nostalgia bila mendengar semula lagu-lagu tersebut dan secara tidak lansung ianya membangkitkan semula kehangatan cinta dalam kesibukan kita dengan urusan kerja, rumahtangga dan lain-lain. Imbas kembali rutin bersama saat mula bercinta atau bersama.
Jika dahulu selalu bersama di mana saja, praktikan kembali saat bersama itu. Jika sudah lama tidak menonton wayang, apa kata mulakan hujung minggu ini semarakkan semula rasa cinta kepada pasangan anda. Imbas semula apa yang membuatkan anda jatuh cinta pada pasangan anda. Perhatikan dia dan dalami diri anda. Dia adalah pakaian anda dan anda pakaiannya. Usah jadikan rutin yang sibuk sebagai penghalang untuk anda berterusan menghangatkan cinta lantas mengukuhkan perhubungan suami isteri dan keluarga sendiri.
Kata seorang teman, "aku dah tualah nak buat macam masa muda-muda, tuh hang tengok tentera aku". Aku tersenyum. Bukan tidak mahu tua namun ada beberapa perkara kita perlu sentiasa segar supaya kita tidak bosan dengan rutin harian yang amat meletihkan dan jua memenatkan.
Kongsikan dengan anak-anak cerita anda dan pasangan. Pasti mereka akan bahagia dan seronok menjadi sebahagian daripada kebahagian perhubungan anda dan pasangan anda.
Wajah Rahsia Hati
Dalam kehidupan ini
Yang terindahMelalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

Comments
Post a Comment