Tahun baru....azam baru
15 Dec 2008 ....kumulai perjalanan baru. Jika kebiasaan meredah LDP seawal 6.50 pagi menuju ke arah Petaling Jaya namun kini haluan menongkah arus. Haluan kini lebih singkat disebabkan aliran kesesakan yang amat rendah berbanding sebelum. Pukul 8.30 pagi aku mula menghidupkan enjin. Perjalanan yang memakan masa 15-20 minit. Harapan baru ini memungkinkan sesuatu yang amat sukses. Pasti tidak pernah kulupai pesanan bekas GM konglomerat di Jalan Klang Lama padaku suatu ketika dulu, "no short cut way to success". Itu adalah benar. Aku amat pasti dengan risiko yang aku tanggung lepas takala melepaskan jawatan sedia ada. Sakit sedikit terutama menanggung kepanasan atas pelbagai soalan daripada tindakan tersebut. Juga kos yang terpaksa ditanggung saat tidak bergaji. Apapun sebagai pengambil risiko aku perlu melaluinya dan memastikan timbal balik atas risiko tersebut.
Terima Kasih abah & mak di bumi suci Baitullah sana atas doa kalian berdua.
Terima Kasih abah & mak di bumi suci Baitullah sana atas doa kalian berdua.
Comments
Post a Comment