Insaf

Aku dibawa oleh Allah SWT berada di hospital bukan sebagai pesakit namun bila di sini nyata pelbagai dugaan yang melanda insan di hadapan mataku.....terpana dan insaf, apa yang kucari sebenarnya. Dari kisah demam biasa membawa kepada pelbagai jenis diagnosis yang melarat bertahun nya memerlukan pergorbanan orang sekeliling terutama yang tersayang.
Mungkin yang memandang riak air mukaku merasakan aku agak lembut namun sebenarnya bak air dihulu sungai.
Melihat kelibat warga tua yang menghuni rumah-rumah kenangan berulang alik ke hospital untuk menjalani dialisis menambahkan lagi rinduku pada abah dan mak di sanglang sana.
Disana dalam melaksanakan tanggungjawab yang di letakkan dibahu membawaku bertemu dengan banyak insan mulia. Tanpa hubungan kekeluargaan hanya teman namun bisa berkongsi rasa malah menghulurkan kewangan saat teman melarat menanggung sakit. Dan jua suami yang bisa menemani isteri yang didiagnosi sakit yang melarat pada jangka masa yang lama......ahhh art of life.

Ya Allah ....sentiasa dekatkan aku denganmu....Ameeennn

Comments

Popular Posts